Sunday, May 8, 2011

Tak perlu tunggu hari ibu untuk ucap selamat hari ibu..kan kan

Assalamualaikum semua...
setiap tahun awal bulan Mei, macam dah jadi satu kewajipan plak rakyat
Malaysia sambut Hari Ibu...

kami satu family memang jarang sambut hari-hari istimewa ni..contohnya hari jadi adik beradik, umi dah abah... sebab jahat xegat birthday dan kadang kadang lupa hari jadi family sendiri..apatah lagi kawan !!...

...eh eh semalam, ke malam nih ari jadi abah? ade sorang adik aku msg tanye...
... aku : hahaha jap nak cek kalendar.. :p

sekadar wish sudaaa...and pahtu mybe umi masak spesel skit...its more than enough...!!! xpayah kek, lilin and hadiah...rase nye kalau birtday sendiri, kite yang patut bagi mak ayah kite hadiah kan..kan...

rasanya xperlu tunggu hari tertentu nak sambut kan..tiap2 hari boleh call umi and abah and cakap i love you..tapi kami satu family pun jarang tunjuk kasih sayang ngan ucapan ai leb u, u leb me nih...sebab xbiase..tapi kami tunjuk ngan perbuatan..ceeehhh.. dan tiap hujung minggu dah spesel bagi kami bila dapat ayam dinousor pasar malam sekor sorang..hahaah hah makan!!



...dan sekarang timbul satu isu Hari Ibu haram disambut...


Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

JADI ?

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya? lebih lanjut...

Alasan Keharusan menyambutnya... petik disini..

1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.

2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.

3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur "romen-romen" dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.

4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.

.................................................

trend sekarang:

tulis kat facebook etc... sekadar pandangan peribadi...baik awak call terus mak awak dan cakap i love you...thank you.. take care..etc... tapi kita ada cara sendiri nak hargai orang yang kita sayang kan...

jadi jangan lupa mak ayah di setiap penghujung doa kita...



umi kite memang xde tandingan...>.<

No comments: