Thursday, December 15, 2011

pergghhh ombak rindu!!

Ombak rindu:

1. Good PLOT. Not great. Tp itu pun kerana novelnya hebat. Menjadikan ia fresh berbanding jln cerita tipikal yg lain. Tp sayang, script tidak ada dinamo. Poorly adapted.

2. Editing menyedihkan. Banyak scene yg tiba2 kabur. Out of focus. Transition antara scene adalah poorly executed: ada scene yg tiba dialog terpotong tgh2 dan di fade out kan xsemena2. Audio: kenapa x ada kawalan? Gap antara highest frequency dgn lowest begitu jauh.

3. Pelakon MUNGKIN tidak membaca seluruh novel, kerana pemanifestasian tidak sampai tuju. Karektor tak dinamik; peralihan mood tidak subtle; mereka menangis tp yg terjelas cuma airmata, tidak kehancuran jiwa mereka; mereka marah tp yg ada cuma jeritan dan agresif semata. In a minute, bila mereka menukar tone (kerana rata2 karektor perlu mengubah intonasi krn secara asasnya mereka seolah2 ada split personality) mereka menukarnya tanpa mengira mood asal patut bersisa. Standing ovation utk pak dolah. Dan mael. Bahasa tubuh mereka-- memabukkan.

4. Casting. Kimia izzah dan mael tidak ada. Seha lebih nampak. Sdgkan izzah dan mael berkawan dari kecil. Mila dan haris membesar dr kecil bersama. Tp mila nampak jauh umurnya. Casting sepatutnya mencari pelakon yg menepati usia dan watak. (atau mungkin ini spt laila isabella di mana rosyam noor dan nasha aziz yg 30an melakonkan watak remaja hipster berusia awal 20an)

5. Cikgu mengaji. Scene cuma menggunakan 4 baris dari yaasin. Apalah salahnya diperbetul dulu sebutannya. Perkataan yaasin itu sendiri, sekurang2nya.

6. Prop. Benda2 kecil jgnlah pndg enteng. Takkanlah izzah di kampung pakai jam besar begitu asalnya-- semata2 utk ditukarkan nanti dgn haris-- supaya tak janggal haris memakainya. Atau pada scene awal. Takkanlah haris tak berstokin dgn kasut kulitnya. Atau kenapa izzah yg dalam rumah pun bertudung tp menjemur baju berkemban. Atau baju wafia yg jelas bukan saiznya sehingga menampakkan bojol perut dan lebihan di punggungnya yg menampakkan seluar dalamnya. Kasihan pelakon nampak tidak bijak.

7. Pelakon tambahan jgnlah dikejami. Kalau mmg mahu ambil gred rendah, jagakah mereka mengikut watak. Mmglah ibu bapa mila tidak ada dialog, tp elok2 lah.. Dan carilah pembaca berita yg secara realitinya logik. Atau bila sdg shot penting (tight shot ke bahu ke atas), tolonglah pastikan tidak ada civilian di blkg. Bila penonton lebih fokus pd org belakang (kerana terlalu out of place); ia menjadi lawak.

Sprti kl gangster dan lagenda bdk setan, cerita ini bukan utk movie junkie. Hype keterlaluan di fb yg menyebabkan anda meletakkan standard bar tinggi cuma akan membikin anda kecewa.

Ombak rindu sesungguhnya diselamatkan jln cerita yg begitu bagus-- tak pelik, kerana dtgnya ia dr novel hebat. Tapi... Kita bukan hendak membaca, kan...?

Ok. Aku telah cuba sebaik2nya utk jadi sehalus mungkin. Harap nampaklah lapiknya. Aku sudahi dgn "tapi dia okay..." <-- ayat standard selepas mengata....

wot wot..kopi paste wall fynn jamal..

moral of the story: susah bile filem dari adaptasi novel..jom tgk running man lagi bagus kot..

No comments: